Ada yang bertanya, "ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?" Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja.... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.
Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan pekerjaan yang baik-baik saja.
Apa sj yg kita hendaklah lakukan berniatlah kerana Allah...Nescaya Allah akan permudahkan segala urusan kita di dunia...

0 comments: